Budaya Hedonisme semakin berlegar dalam kalangan mahasiswa tanpa sedar dek kerana ‘kaca mata’ Islam yang kian kabur?

Budaya Hedonisme semakin berlegar dalam kalangan mahasiswa tanpa sedar dek kerana ‘kaca mata’ Islam yang kian kabur?

Suatu ketika dahulu, jika kita soroti sejarah Perang Salib pada kurun ke 12 dan berakhir pada kurun ke 14, seorang Raja Perancis yang pernah di tawan oleh kerajaan Bani Abbasiyah setelah dibebaskan telah memahami bahawa;

“orang Islam tidak akan lemah selagi mereka berpegang teguh dengan Al-quran (yakni agama mereka), dan mereka tidak akan kalah dengan pedang atau apa pun senjata, jadi misi utama kita untuk menang adalah melalui peperangan dengan pemikiran mereka -King Loiuse IX”

dan orang Islam hari ini terbukti telah diserang pemikirannya. buktinya lihat sahaja penglibatan dan penyebaran diri orang Islam itu dalam budaya hedonism sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak sedar. Mereka yang tidak sedar akan merasakan ia dalah sesuatu yang biasa dan tidak ada masalahnya. Hanya mereka yang telah diberi hidayah oleh Allah dapat melihatnya dengan mata jiwa. beruntunglah mereka itu.

Apakah sebenarnya hedonisme ini? Hedonism (hédonisme) adalah pegangan atau pandangan hidup yg mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. Perkataan ini sebenarnya tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia dan sering di kaji secara mendalam dalam bidang agama, falsafah atau kebudayaan sosial.

Antara petikan dari kajian literatur penyelidik;

 “Istilah hedonisme ialah cantuman daripada dua perkataan iaitu ’hedone’ dan ’isme’. Perkataan pertama iaitu hedone merupakan istilah Greek (Yunani) yang bererti kesenangan atau keseronokan. Maksud perkataan kedua iaitu isme dijelaskan dalam Kamus Dewan sebagai akhiran asing kepercayaan, gerakan politik atau keagamaan, sikap, serta perlakuan. Perkataan hedonisme diertikan sebagai suatu pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Oxford English Dictionary mendefinisikan hedonisme sebagai satu doktrin atau teori etika yang menyatakan bahawa keseronokan merupakan tahap kebaikan tertinggi atau matlamat akhir sesuatu tindakan.”

Jadi disini, amat jelas, pembawaan hedonism dalam kehidupan adalah semata-mata kerana keseronokan dan kesenangan hidup di dunia.

Kalau kita lihat situasi di universiti, seringkali diakui pelajar sememangnya sibuk dengan urusan pengajian mereka, lalu dalam masa yang sama sebilangan mereka sering dihimpit ‘stress’ kerana proses pembelajaran tersebut. Akibat daripada ‘stress’ ini pelajar cenderung untuk memilih sesuatu yang boleh memberikan mereka keseronokan dan rasa “release”. Sebab itu, kalau kita lihat zaman universiti sebenarnya adalah zaman dimana hedonism amat mudah masuk ke dalam diri para pelajar; JIKA MEREKA TIADA JATI DIRI/ PRINSIP KEIMANAN yang tinggi sehinggalah mereka boleh membezakan di antara hiburan yang asalnya berbentuk HARUS menjadi sesuatu yang HARAM. Amat membimbangkan lagi, tiada lagi perbezaan antara harus dan haram, yang ada cuma KELABU dan KELIRU. Apa saja aktiviti yang melibatkan keseronokan diri dan hawa nafsu adalah termasuk dalam budaya hedonisme. Tidak hanya berkisar tentang konsert yang jelas haram tetapi apa saja yang menjurus kearah keseronokan yang terkait soal dunia semata-mata.

Misalnya, amat mudah kita lihat harini, dan hasil penataan saya selama lebih 10 tahun berada di ‘environment’ universiti, bentuk aktiviti diuniversiti yang bersulam dengan budaya hedonism ini, sehingga ia membawa kepada sesuatu yang jelas haram walau kelihatan “macam ok je” atau “apa yang salahnya”. Lihat saja pergaulan pelajar yang seakan akan diberi galakan percampuran lelaki dan perempuan, contoh

  1. “Group discussion” juga seringkali dibuat sehingga lewat malam dengan percampuran lelaki dan perempuan tanpa kawalan.
  2. Library juga tiada batasan pergaulan dimana lelaki dan perempuan duduk dengan rapat-rapat atas alasan belajar?
  3. Yang terkini, semakin kerap diadakan “Run Challenge” yang berlari-lari bersama berlainan jantina tanpa peraturan yang benar-benar menjaga ikhtilat, ‘track’ yang sama digunakan untuk kedua-dua jantina misalnya.
  4. Mengadakan program-program festival yang seringkali menggunakan pancing hedonisme untuk menarik “crowd”. Sentiasa ada konsert nyanyian yang melalaikan dari segi lirik, mahupun aurat, mahupun pergaulan ‘audiens’ yang tidak diperhalusi.
  5. Program akan kelihatan “menarik” jika ada sesi menyanyi, menari bercampur lelaki dan perempuan tanpa batas, dan ada pula dengan atas nama “senaman/bersukan” namun pergaulan bebas tidak lagi difikirkan atau menjadi soal kedua atau entah ke berapa.
  6. Adalah perkara biasa cuti hujung minggu kebanyakan pelajar yang hanyut dengan cerita-cerita korea, jepun, anime, Hollywood, malaywood atau bollywood akan menjalankan “movie marathon” disulami dengan alasan “nak buat assignment”. sudahlah dalam setiap movie penuh dengan unsur kelucahan atau cinta,sudahnya pelajar universiti yang lahir harini adalah hasil “didikan” sesuatu yang rosak seperti ini.
  7. Ber”dating” didalam kawasan kampus juga sangat biasa, duduk berdua berbual sehingga lewat malam di dalam tempat parking kereta.
  8. Banyak persatuan dan aktiviti kokurikulum badan beruniform yang tidak kurang juga mendedahkan pelajar kepada pergaulan bebas seperti, misalnya setiap kali program masuk hutan mereka memang akan bergaul sesama mereka tanpa mengikut batas syariat dan semua itu dianggap biasa. kalau ibu ayah di kampung yang tidak setuju dengan perlakuan seperti ini pasti bersedih kerana mereka kini terdedah sangat mudah dengan aktiviti seperti itu.
  9. Dan paling parah kadangkala persatuan berunsur Islam juga mudah terjebak dengan alasan “Meeting” yang dibuat dengan keadaan lelaki bercampur perempuan tanpa tabir dan sehingga kadang-kala lewat malam. (kenapa penting tabir apabila melibatkan syura dan adanya dua jantina berbeza dalam satu perkumpulan? Nanti kita kupas dilain masa)

KESAN PERGAULAN BEBAS? APA FITRAH MANUSIA YANG SEBENAR?

kesemua pergaulan bebas dan hiburan atas dasar keseronokan disamping unsur lucah dan cinta ini memberi kesan yang buruk buat yang sukar menjaga diri, lalu mudah terjebak untuk bercinta kemudian ke lembah maksiat seperti zina pula. Cinta itu tidak haram, tetapi cara kita memanifestasikan cinta itu akan menentukan ia menjadi haram atau tidak.  tidak hairan kes pembuangan bayi telah menjadi-jadi dasawarsa ini. Oleh sebab itu pegangan agama yang kuat harus menjadi benteng pertahanan dalam keadaan begitu. Namun jelas manusia semakin tenggelam dan rasa biasa dengan semua di atas  prinsip “biasakan yang betul dan betulkan yang biasa” perlu dititikberatkan. Persoalannya adakah telah kehabisan idea/kreativi dalam mengadakan program-program di universiti atau kita telah tidak sedar bahwa kita ini sedang mempermainkan agama Islam sendiri dan persoalan lebih besar, adakah menjadi dekat dengan pendekatan agama itu adalah “boring” dan tidak “fun” sedangkan Allah sendiri berfirman untuk mengingatiNya maka hati menjadi tenang.

 Anda boleh bersetuju atau menolak dengan pandangan saya ini, tetapi kebenaran tetaplah kebenaran meski ia pahit untuk diterima. Saya pasti ada yang mengatakan “jumudnya pemikiran semua tak boleh? ”, “kenapa semua tak boleh”,”ala professional lah, jumud”, “eleh, macam bagus je semua tak boleh bergaul lelaki perempuan” ,”habis tu non-muslim macamana? nak ikut orang Islam je?”. Jika inilah persoalan diminda anda, memang tepat bahawa berjayalah serangan pemikiran yang sedang di masukkan oleh musuh Islam pada hari ini. Biar saya jelaskan, sebenarnya, segala peraturan dan suruhan atau seruan dalam Islam adalah peraturan yang terbaik, dan yang amat sesuai dengan fitrah manusia itu sendiri, kerana fitrah manusia adalah bertuhan. Ini untuk semua manusia di dunia. Tidak kira Islam atau bukan Islam.  Hayati firman Allah ini:

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia ti­dak mengetahui.” (Ar-Rum: 30)

“Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi”. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan).” (Al-A’raf: 172)

kita semua termasuk yang bukan Islam hari ini pernah mengakuinya suatu masa dahulu di alam roh. tetapi kerana terlalu banyak kita ini diserang pemikiran oleh musuh Islam, pengakuan ini telah hilang dirobek oleh faktor luaran yakni persekitaran dan dalaman yakni jiwa itu sendiri. maka hilanglah rasa bertuhan dan semuanya kini adalah neraca hawa nafsu dan logik manusia yang amat cetek.

Tanpa islam yakni agama yang meraikan fitrah ini kerugian bukan hanya untuk orang Islam, bahkan seluruh umat manusia sendiri. seperti dalam buku “Kerugian Dunia kerana Kemunduran Umat Islam” oleh Abul Hassan Al-Nadwi ada menceritakan betapa tanpa umat Islam, umat manusia dalam kekeliruan dan kebejatan yang dahsyat. Oleh itu, sebagai majoriti umat di Malaysia harini, saya kira tidak ada sepatutnya ketakutan atau bimbang terhadap tuduhan seperti ini. Bahkan, sifat berdiam dan hanyut dengan budaya yang jauh dari fitrah ini menyebabkan golongan minoriti ini semakin mengorak langkah pula dalam memperjuangkan kebatilan sehingga mengajak orang Islam yang lemah pegangan agama untuk bersama pemikiran mereka ini. Terkini isu eljibiti, kebebasan dan hak kesamarataan dan sebagainya. Dek kerana orang Islam sendiri telah menjadi lemah, maka musuh-musuh Islam sangat pantas dan bijak untuk mengambil peluang.

PROSES MENGKIJANGKAN SINGA-SINGA YANG ASALNYA HEBAT

Petikan dari buku “ The New World Order” oleh Ralph Epperson tahun 1990 dalam subtajuknya “Serangan kepada Pendidikan” ada menyatakan:

“propaganda saintifik dan atheistik adalah sebahagian daripada pendidikan komunis dan sebagai tujuannya penyebaran pengetahuan saintifik dan materialis di kalangan orang ramai dan pembebasan bersar-besaran orang-orang beriman dan pembebasan mereka dari pengaruh pegangan agama.- Nikita Khrushchev,Dictator of Russia-”

sehingga begitu sekali rupanya agenda musuh Islam untuk menjatuhkan golongan intelek ini, sehingga terpisahnya kehidupan mahasiswa dari agama dek sibuk mengejar kejayaan akademik semata-mata. kenapa nak berhibur? jawab mereka “sebab stress study” , kenapa nak study?  jawabnya “sebab nak senang di dunia” atau ada juga yang menjawab “habis tu nak solat 24jam je? study ini ibadah juga” ya memang benar, tapi apabila ibadah ini adalah untuk mencapai tujuan keduniaan, seperti untuk mendapat gaji yang baik atau kehidupan dunia yang mewah semata-mata tidaklah dinamakan ibadah. apalah gunanya jika hanya berjaya di dunia tetapi kita menderita di akhirat.

sebab itu dalam buku Ahmad ar-Rashid yang bertajuk Muntalaq, beliau ada menegaskan bahawa, umat Islam harini semakin lemah ibarat “singa yang telah dikijangkan”. kijang yang sentiasa diburu dan diterkam hidup-hidup. Prinsip Islam semakin lemah dan dengan mudah menerima apa sahaja sogokan westernization atau sesiapa sahaja musuh Islam melalui 5F ini misalnya:

  • Festival- seperti saya katakan tadi budaya hiburan yang jauh dari syariat sangat banyak disogokan melalui festival ini
  • Food- pelbagai jenis makanan yang “unhealthy” dan melemahkan umat Islam diperkenalkan dari barat seperti makanan segera mcd yang nampak menarik dan menjauhkan dari makanan sunnah yang amat baik untuk kesihatan.
  • Fashion- walau kelihatan “muslimah” namun banyak diantaranya yang tidak mengikut syariat seperti ketat dan tidak menutupi sempurna bahagian aurat wanita. Namun atas dasar “kebiasaan” semua itu dipakai tanpa rasa malu. sebagai pelajar universiti apa yang dipakai adalah melambangkan jati diri seseorang. saya kira amat memalukan jika berpakaian tidak sopan dihadapan pensyarah dan semua warga universiti lainnya.
  • Fun/game- ini juga sama seperti kpop, anime dan semua perkara yang menjadi ketagihan seperti mana ketagihan kepada rokok, ganja syabu bahkan permainan online atau offline yang memberi kesan ketagihan.  Namun ini lebih teruk kerana merosakkan pemikiran dan jiwa jika di mainkan secara melampau tidak mengira masa sehinggakan khayal dalam dunia permainan mereka. Bukan tiada games yang tidak boleh di mainkan. Tetapi bermain dengan kadar sehingga melalaikan umat islam dari tujuan sebenar kehidupan perlulah dijauhi. Pemainan yang asalnya untuk “release” akhirnya menjadi haram kerana telah melalaikan kita dari beribadah.
  • Female- wanita sering menjadi objek seks dan digunakan untuk menarik perhatian mata-mata durjana. Namun tidak hairan, serangan pemikiran untuk melucutkan rasa malu untuk wanita-wanita juga telah berjaya menjadikan mereka “keluar dari tempat selamat” yakni menonjolkan diri dengan tidak sopan. seperti menari-nari di hadapan orang ramai dengan rasa malunya.

sesungguhnya malu yang telah hilang ini menggalakkan lagi perbuatan-perbuatan yang mendorong mempromosikan hedonisme yang bertujuan untuk keseronokan dan dikatakan jauh dari “stress” dan “pain”. semuanya keseronokan yang diutamakan. sehingga malu menjadi yang terakhir atau tiada dalam pertimbangan fikiran.


عَنْ أَِبي مَسْعُوْدٍ عُقْبَةَ بِنْ عَمْرٍو الأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ آَلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُوْلَى: إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ )) رواه البخاري.

Terjemahan hadith

Daripada Abu Mas’uud ‘Uqbah ibn ‘Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW
telah bersabda: Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu. (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari)

tetapi yang masih dalam kegelapan dari cahaya akan merasa benci dan tidak suka dengan apa yang saya katakan disini tetapi inilah kebenaran yang telah bersembunyi dalam suasana “kebiasaan” dan dianggap “profesional”. Adakah apabila menurut Islam semuanya menjadi tidak profesional. Islam ini syumul (menyeluruh) namun hawa nafsu kita yang biasanya memecahkan dan mengambilnya secara separuh-separuh.

SAKI BAKI HARAPAN

Tidak ada harapan lagikah untuk semua ini berubah? ada! jawabnya ia terletak di dalam pertimbangan mata hati nurani seseorang untuk memikirkan sedalam-dalam akan perbuatan-perbuatan ini dan kembalilah mengakui Tuhan, dan jauh dari jalan kesesatan. setiap hari manusia dihadapkan dengan pilihan untuk manusia pilih sama ada jalan ketaqwaan atau jalan kejahatan.

.

فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا


Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; –

-Sura Ash-Shams, Ayah 8

Bangkitlah jiwa yang lemah dan yang telah dikijangkan, kita telah berada lama dalam keadaan ini dan semuanya semakin berakar umbi,lalu untuk menyelesaikan masalah umat ini juga perlu diselesaikan dari akar umbi juga yakni bermula dari setiap hati dalam diri.

sekian. wallahu’alam bissowab.

Enheshey fillah

Penyelidik Kajian Kejuruteraan Seismologi dan Gempa Bumi

“Bukan sekadar ingin memahami dan mendalami perihal struktur tetapi berminat dalam penstrukturan semula minda orang Islam”

Enhesheyfillah

Ukhti marhaen di jalan dakwah dan tarbiyah, ingin menyumbang sebanyak banyaknya dari kalam dan pena untuk umat. moga Allah redha. biiznillah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *