5 TIPS KEKAL KONSISTEN DI BULAN RAMADHAN, POINT NO 5 TAK BOLEH BAYANG DI MINDA.

5 TIPS KEKAL KONSISTEN DI BULAN RAMADHAN, POINT NO 5 TAK BOLEH BAYANG DI MINDA.

Alhamdulillah, telah separuh bulan Ramadhan tahun ini. Tahniah kepada yang memperbaiki amalan untuk mendapatkan Ramadhan yang lebih baik dari Ramadhan yang lalu.

Di dalam keadaan Pandemic Coronavirus ini, moga hendaknya kita menjadi lebih fokus dan masa-masa kita terbagi untuk amalan yang baik-baik belaka.

Kita juga, kini bertarawikh di rumah bersama keluarga dan beriftar dengan keluarga. Inilah kesempatan yang baik di berikan kepada kita.

Walaupun Ramadhan kali ini kita hanya duduk di rumah. Tidaklah menjadikan kita lemah dalam usaha mendapatkan Ramadhan yang produktif.

Disini kami kongsikan beberapa tips untuk mendapatkan Ramadhan produktif, berbaki beberapa hari sahaja lagi walaupun dalam suasana pandemic.

1. BUAT JADUAL HARIAN PLAN UNTUK TARGET HARIAN

Dengan membuat rutin harian dan target-target yang akan dicapai, membuatkan kita lebih bersemangat setiap hari. Kenapa? Kerana otak kita telah dimindsetkan oleh target yang ditulis tersebut.

Kita boleh juga menganalisa tahap ‘performance’ kita dengan hari-hari ramadhan yang berlalu.

Walaupun bukan dalam situasi lockdown, mempunyai target atau ‘to-do-list’ adalah sesuatu perkara yang baik untuk diamalkan.

Walaubagaimanapun, buatlah sesuatu target yang REALISTIK dan boleh dicapai. Otak kita akan merasa berat dengan target yang besar. Jadi mulakan dengan target kecil sehingga kita sendiri yang akan menambahnya secara tanpa sedar! Ini bermaksud kita manipulasi minda kita.

Contohnya, tulis target membaca 1 juz Al-quran kelihatan tidak membebankan bagi seseorang. Tetapi bagi seseorang yang lain ia nampak berat dan akhirnya bukan sahaja 1 juz al-quran tidak di baca, mungkin lebih parah, 0 muka surat Quran yang berjaya dimulakan. Jadi buat sesuatu target yang realistik. MEMULAKAN LEBIH BAIK DARI TIDAK BERMULA. InsyaAllah apabila momentum sudah meninggi, 1 juz bukan lagi masalah! Cubalah.

IBADAH DAN AMAL SOLEH YANG KONSISTEN ADALAH LEBIH BAIK daripada memaksa diri untuk memikirkan matlamat yang “gagal” dan mengabaikan kesihatan dan memberi kesan ‘demotivated’ kepada diri anda.

Oleh itu, tentukan jadual bagaimana anda akan menghabiskan hari anda dan bekerja dalam amalan ibadah,seperti berapa banyak Al-Quran yang akan anda baca, berapa lama anda akan menghabiskan masa untuk solat sunat tambahan,atau perbuatan baik yang bermanfaat apa yang akan anda lakukan.

Jika anda dapat momentum yang betul, ia akan membantu mengatasi tekanan dan memastikan anda mencapai matlamat anda, insya Allah!

2. JAGA NUTRISI PEMAKANAN ANDA

Cuba elakkan makanan bergoreng, makanan yang terlalu bergula dan bergaram. Ini akan membuatkan kita ‘dehydrated’ dan lemah ketika berpuasa.

Paling utama, jangan makan secara berlebihan ketika iftar! Mulakan dengan sebiji tamar dan segelas air. Makan berlebihan akan membuatkan kita mengantuk dan perut terasa ‘bloated’ atau kembung. Ini mengganggu ibadah kita selepas itu.

Jadi, apa yang lebih utama adalah, makanlah makanan yang penuh nutrisi, cari tahu ilmu-ilmu nutrisi untuk menjamin kesihatan yang lebih unggul. Mukmin yang kuat dan sihat adalah lebih baik dari mukmin yang lemah, dan tidak sihat akibat dari kesalahan diri sendiri.

Dan, elakkan makan terlalu sedikit pula, tidak cukup makan bermakna anda tidak akan mempunyai cukup tenaga untuk membaca, berdoa, solat dan menjalankan tugas harian anda. Begitu juga, makan berlebihan akan membuat anda merasa lemau dan ingin tidur berlebihan. Dan tidur yang berlebihan membuatkan badan akan semakin lemah! Amat lah rugi!

Oleh itu, utamakan makan makanan yang sihat dan berkualiti. Dan: merancang lebih awal dengan membuat menu yang telah dirancang.

Ini akan memastikan anda mendapat makanan yang sihat dan berkhasiat dan tidak akan merasa lapar atau tergesa-gesa/gelojoh ketika tiba pada waktu berbuka puasa.

3. FOKUS KEPADA PEMBAIKAN DIRI

Menjaga kesihatan fizikal dan mental anda adalah tugas yang penting, ia adalah amanah dari Allah, jadi jaga diri anda dengan baik.

Penjagaan diri sangat penting, bukan hanya untuk kesihatan fizikal kita tetapi juga kesejahteraan mental kita.

Semasa keadaan lockdown seperti ini, adalah penting untuk kita menerapkan amalan penjagaan diri yang baik. Ini bukan sahaja memastikan bahawa kita bahagia dan sihat, tetapi juga membantu kita bermotivasi dan produktif!

Khususnya pada bulan Ramadan, dengan cabaran dan ujian berpuasa setiap hari, oleh itu sangat penting untuk kita meluangkan masa untuk diri kita sendiri. Kita perlu memastikan bahawa kita terlibat dalam aktiviti yang membantu kita merasa santai, bebas tekanan sebaik mungkin dan fokus dalam diri kita sendiri. Dan masa inilah peluang kita mengupgrade diri dalam pelbagai sisi.

Bagaimanapun, Allah SWT memerintahkan kita untuk menjaga kesihatan!

Oleh itu, jika anda hanya ada diri sendiri dan kehilangan rakan, keluarga dan orang tersayang: boleh usahakan untuk jadualkan panggilan Skype atau panggilan telefon biasa. Atau lebih baik lagi: mengapa tidak berbuka puasa dengan iftar secara online? 😊

Adalah sunnah untuk menjaga hubungan baik dengan orang tersayang, jadi hubungi dan berbual mesralah.

Demikian juga, rutin senaman yang teratur akan membuat anda tetap bugar, sihat dan mental “tidak serabut”. Sertailah aktiviti kecergasan dalam talian atau buatlah doa bertafakur secara solo dalam rutin ibadah anda.

Penting untuk meluangkan masa untuk diri sendiri bersama aktiviti yang anda gemari. Berdoalah kepada Allah (SWT) selalu, bersiar-siar di taman (dengan memastikan anda menjaga jarak dari orang lain di luar rumah anda) atau senaman ringan sahaja di rumah untuk memastikan bahawa anda juga tetap sihat ruhani dan jasmani!

4. URUSKAN SEDEKAHMU

Dengan bekalan makanan terganggu, kekurangan sumber kewangan dan perubatan, berjuta-juta lelaki, wanita dan kanak-kanak di seluruh dunia juga semakin tertekan dan memerlukan sokongan dalam suasana pandemic ini.

Tetapi berita baiknya ialah, walaupun kita terhad untuk keluar rumah, kita sebenarnya tetap boleh membantu. Terutama dari segi dana/derma kepada mereka yang memerlukan melalui badan-badan yang bertanggungjawab menguruskan derma kepada mereka yang memerlukan. Tidak susah, hanya cari dan ambil tahu badan-badan yang dipercayai untuk membuat transaksi derma. Berbaki beberapa ramadhan anda boleh juga ‘setup’ auto transfer harian menggunakan bank online anda. Cubalah! InsyaAllah tiada hari tanpa infaq.

Selain itu membantu jiran yang lebih tua untuk berbelanja, menyumbangkan Zakat anda secara dalam talian dan menjadi sukarelawan adalah beberapa cara untuk memanfaatkan masa sepanjang bulan Ramadan.

Mereka yang berada dalam krisis seperti ini tak kira Lelaki, wanita dan kanak-kanak amat memerlukan pertolongan kita lebih dari sebelumnya. Jangan lupa mereka ketika kita solat dan berdoa kepada Allah (SWT) pada bulan suci ini.

5. SENTIASA CITA-CITAKAN SUNGGUH-SUNGGUH UNTUK BUAT KEBAIKAN

 Daripada Ibn Abbas r.a meriwayatkan daripada Rasulullah SAW wahyu daripada Allah SWT yang berfirman:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menetapkan kebaikan-kebaikan dan keburukan-keburukan kemudian menerangkannya: Sesiapa berhasrat mengerjakan namun tidak jadi mengerjakannya, Allah mencatat di sisi-Nya satu kebaikan yang sempurna. Jika dia berhasrat mengerjakan kebaikan lalu benar-benar mengerjakannya, Allah mencatat nilai kebaikan itu SEPULUH KALI HINGGA TUJUH RATUS KALI GANDA, bahkan berlipat ganda lagi. Dan sesiapa berhasrat mengerjakan keburukkan namun tidak jadi mengerjakannya, Allah mencatat di sisi-Nya satu kebaikan yang sempurna, dan jika dia berhasrat mengerjakan keburukan lalu benar-benar mengerjakannya, Allaah hanya mencatat satu keburukan untuknya.”

(Riwayat Ahmad no. 2828, al-Bukhari no. 6126 dan Muslim no. 131)

MasyaAllah hebatkan ganjaran untuk mereka yang sentiasa bercita-cita untuk buat kebaikan?

Jadi, itulah lima tips utama kami untuk anda dapat memanfaatkan baki hari-hari Ramadan sepenuhnya. Semoga keberkatan menimpa kita, alhamdulillah!

Semoga kita semua mendapatkan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan memanfaatkan masa-masa lockdown ini dengan indah dan kebaikan yang berterusan. Ameen

Ramadan Mubarak dari Radio Tarbiyah!

Enhesheyfillah

Ukhti marhaen di jalan dakwah dan tarbiyah, ingin menyumbang sebanyak banyaknya dari kalam dan pena untuk umat. moga Allah redha. biiznillah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *