Ramadhan: Ya Tuhan, bantulah kami

Ramadhan: Ya Tuhan, bantulah kami

Ramadan berasal dari perkataan Al-Ramdu yang membawa maksud panas yang sangat terik.

Begitulah juga diharapkan agar bahang panas tersebut akan dapat membakar segala dosa orang yang berpuasa pada bulan ini dengan segala amal soleh yang dilakukan kerana hakikatnya Ramadhan bukanlah bulan yang hanya perlu kita sinonimkan dengan tidak boleh makan atau minum sahaja.

Bulan Ramadhan terkenal dengan pelbagai keutamaan. Jadi kita diseru untuk melipatgandakan amal ibadah dan amal kebaikan agar mendapat pelbagai keutamaan yang dijanjikan Allah. Antara keutamaan bulan ini ialah:

  • Syahrul Magfirah – Bulan Keampunan

نْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. متفق عليه

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan keredhaan Allah) akan diampunkan dosanya yang terdahulu.” (Muttafaqun ‘Alayh)

  • Syahrul Najah – Bulan Kemenangan dan bebas dari api Neraka

قَالَ رَبُّنَا عَزَّ وَجَلَّ : الصِّيَامُ جُنَّةٌ يَسْتَجِنُّ بِهَا الْعَبْدُ مِنَ النَّارِ، وَهُوَ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ

Rabb kita ‘azza wa jalla berfirman, Puasa adalah perisai, yang dengannya seorang hamba membentengi diri dari api neraka, dan puasa itu untuk-Ku, Aku-lah yang akan membalasnya” (HR. Ahmad)

  • Syahrul Akhlak – Bulan Akhlak

وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ

Puasa adalah perisai, jika salah seorang dari kalian sedang berpuasa janganlah berkata keji dan berteriak-teriak, jika ada orang yang mencercanya atau memeranginya, maka ucapkanlah, ‘Aku sedang berpuasa” (H.R. Bukhari dan Muslim).

  • Syahrul Jud – Bulan Murah hati

“Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapat pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya.” (HR Tirmidzi)

“Sedekah itu menghapuskan dosa seperti air memadamkan api.”
(HR At-Tirmidzi)

Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang mendapat keampunan dan segala kelebihannya di bulan yang mulia ini. Ameen

Khansa Ayyash

mahu HIDUP selamanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *