Daie harus menjadi seperti Corona

Daie harus menjadi seperti Corona

Sejak Desember 2019, kita telah mendengar virus Corona tersebar di sekitar sebuah kota di China bernama Wuhan. Bermula dengan 27 orang yang berjangkit di China, tersebar ke Jepun dan kes mula disedari pada 6 Januari 2020, kemudian virus Corona telah melebarkan sayapnya untuk ke Thailand di mana kes dikesan pada 28 Januari 2020, seterusnya ke Amerika Syarikat pada hari yang sama. Setiap negara telah terjangkit oleh virus Corona. Perkara ini bukanlah asing lagi bagi dunia kerana WHO telah mengumumkan bahawa penularan virus corona adalah pandemik yang telah memberi kesan kepada seluruh masyarakat dunia. Untuk pengetahuan semua, penularan penyakit merebak terbahagi kepada tiga tahapan iaitu, endemik, epidemik dan pandemik. Pandemik bermaksud kejadian wabak besar-nesaran ke seantero dunia.

Lihatlah para daie bagaimana Corona Virus bekerja, tanpa lelah tanpa keluhan, virus ini telah terus menerus hidup, berkembang biak dan berevolusi untuk memastikan keberlansungannya. Walaupun tidak kelihatan pada zahirnya tetapi virus ini terus menerus bekerja sehinnga hari ini, sebanyak 472 ribu kes telah di daftarkan dari seluruh dunia serta mengakibatkan 21 ribu kematian. Jika sahaja daie melihat ini sebagai satu perkara yang perlu dicontohi, setiap masa daie bekerja tanpa lelah bagi memastikan setiap orang mendapat kefahaman Islam yang sebenar. Inilah yang dituntut bagi seorang daie yang beriman bahawa jiwa serta harta perlu dikorbankan bagi merealisasikan tujuan ini.

Di dalam surah As Saffat : 61, Allah berfirman;

A061

Untuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang-orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh-sungguh (di dunia).

Jadi ayuhlah daie bekerja sepertimana makhluk allah yang sangat tunduk bekerja kerana hanya mereka yang bekerja bersungguh – sungguh mampu memperoleh kemenangan Islam di tangan kita.

Wallahualam.

Tarbiyah Kita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *