Review Bebas: Bangkit & Runtuhnya Andalusia

Review Bebas: Bangkit & Runtuhnya Andalusia
Posing siket. Hehe

Sangat bersyukur kerana akhirnya buku ini dapat dihabiskan pembacaannya.Setelah mengalami beberapa kali proses peminjaman dan pemulangan semula,saya kira ini adalah buku yang terhebat untuk dibaca pada tahun 2019 ini.

Buku yang akan memberi anda berjuta rasa.Kekaguman pada ketokohan yang ada pada Musa bin Nushair,Tariq bin Ziyad,Abd Rahman Ad-Dakhil,Yusuf bin Tasyifin dan ramai lagi.Mereka akan melahirkan rasa bangga anda sebagai seorang Muslim.

Musa bin Nushair,ketika berusia 75 tahun masih lagi bersemangat untuk jihad.Kekecewaan beliau ketika dipanggil pulang oleh sang khalifah telah membuatkan beliau membawa hati yang luka di Tanah Suci dan merintih supaya jika usianya dihabiskan bukan di jalan jihad,maka matikanlah beliau.Ternyata,doa beliau dimakbulkan.

Tariq bin Ziyad pula hilang khabar seperti angin yang berlalu pergi ketika arahan pulang diputuskan oleh snag khalifah.Membuktikan yang mereka adalah pejuang-pejuang yang sangat cintakan jihad di jalan Allah.

Namun,anda juga akan dikenalkan dengan tokoh-tokoh yang menyakitkan hati dan mata seperti Al-Muktamid bin Abbad,Muhammad bin Tumart,An-Nasir Li Dinillah dan ramai lagi raja-raja kerajaan kecil yang sebenarnya merupakan punca utama mengapa kerajaan Andalusia runtuh.

Muhammad bin Tumart yang merupakan pengasas Bani Muwahidun mengambil pendekatan yang keras dalam mengembangkan Islam dan menggulingkan kerajaan Murabhitun.Islam dipaksa perlaksanaannya secara keras dan tiada hikmah.Yang lebih dasyat,Muhammad bin Tumart menggelarkan dirinya sendiri sebagai Al-Mahdi.

Kecintaan pada kuasa,pangkat,wanita dan duit merupakan faktor-faktor yang menyebabkan kerajaan yang hebat ini runtuh.Selain itu,pemerintah juga dikelilingi oleh penasihat-penasihat yang dungu dan kejam,seperti yang berlaku pada An-Nasir Li Dinillah.

Kita selalu mendengar kisah rintihan Abu Abdillah Muhammad bin Al-Ahmar Ash-Saghir ketika penyerahan Granada kepada Ferdinand III dan Ratu Isabella.Namun,di sebalik kejatuhan beliau,berdirinya di belakang beliau seorang ibu yang bernama Aisyah Al-Hurrah.Ketinggian semangat dan kepandaian beliau dalam menyelamatkan diri dan anak-anak dari kekejaman suami dan madu yang cantik bernama Tsarya sangat menyentuh perasaan.

Kata-kata beliau kepada sang anak’Menangislah,kini kau menangis seperti perempuan yang kehilangan,padahal kau tidak mampu menjaga kerajaan sebagaimana lelaki perkasa’.

Dan,kehinaan yang berlaku pada Abu Abdillah tidak berakhir di situ.Dikatakan bahawa,akhirnya anak-anak dan cucu keturunan beliau hidup dalam kedaifan dan termasuk dalam golongan yang diberi zakat dan golongan gelandangan.Betapa mereka dihinakan kerana meninggalkan jihad dan bersetongkol dengan kerajaan Kristian.

Suatu masa dahulu,Sepanyol melalui para pendeta dan rahib mereka menyeksa penganut Islam dengan pelbagai seksaan yang mengerikan.Syukur,kedatangan Perancis di bawah pimpinan Napoleon Bonaparte telah membongkarkan kekejaman alat-alat seksaan ini.

Askar-askar Perancis sendiri berasa mual dan muntah selepas mereka menemui alat dan senjata yang amat kejam ini.

Buku ini wajar dijadikan koleksi peribadi di setiap rumah.Ibrahnya bukan sedikit untuk diambil.

Kredit: Bookoo Bookoo

Sarah Ibrahim

Sarah Ibrahim ialah editor tetap tarbiyahkita.com. Beliau sangat meminati penulisan sejarah dan isu semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *