Pesan Murabbi

Pesan Murabbi
Image may contain: one or more people and indoor

[Pesan murabbi]

Salam… tips dalam kehidupan…

Jangan harapkan orang yang bersama dgn kita akan kekal dgn kita selama-lamanya. manusia boleh berubah. berubah fikiran dan idea. berubah cara faham dan penekanan. berubah oleh apa yang mereka dengar dan mereka lihat. berubah melalui pembacaan dan pemerhatian. berubah kerana keadaan dan masa.

Jika kita harapkan orang yang kita bawa itu akan kekal bersama kita hingga ke akhir, akhirnya kita yang kecewa. kecewa apabila dia pergi meninggalkan kita. meninggalkan dakwah dan meninggalkan Islam mungkinnya; wal’iyazubillah…

Kita bawa orang agar mereka lebih dekat kepada Allah. jika mereka rasa mereka akan lebih dekat kepada ALlah dengan bersama orang lain, apa salahnya mereka tidak bersama kita. paling kurang, kita telah mendapat saham dari apa manfaat yang telah kita laksanakan dalam membinanya. asalkan kita ikhlas…

kita tidak akan kecewa. kecewa hanya persepsi yang kita bina sendiri di dalam jiwa kita.

Doakan kebaikan untuk semua orang dan teruskan berusaha untuk menyumbang.

Erti pahala ialah pada berusaha dan memberi, bukan pada hasil.

Bukankah itu yang kita belajar…

Sekian coretan seposen pagi ni..

Kredit: Page Al Mutarabbi

Sarah Ibrahim

Sarah Ibrahim ialah editor tetap tarbiyahkita.com. Beliau sangat meminati penulisan sejarah dan isu semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *