Tubuhmu Bukan Milikmu!

Tubuhmu Bukan Milikmu!

Kenyataan diatas agak tegas tapi ianya hakikat, betapa ramai antara kita yang sedar, bahawa tubuh kita ini adalah pinjaman dari Allah untuk melaksanakan tujuan hidup.. seperti dalam firmannya:

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Al-baqarah:195)

Membiarkan diri Dalam kebinasaan adalah sesuatu yang dimurkai Allah.. maka, memastikan tubuh badan yang sihat bukanlah satu pilihan tapi satu kewajipan bagi setiap individu.

Allah mencintai orang-orang yang sihat

Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.” (Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud “Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman).” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Dan Salah satu Cara untuk mendapatkan tubuh badan Yang sihat adalah dengan GAYA PEMAKANAN YANG BETUL..

Ubah gaya pemakanan anda dan anda akan mengubah gaya hidup anda.. lihat apa Yang anda makan, adakah ianya keperluan atau kemahuan..

Tips pemakanan sihat
1. Mula minum air kosong 2L sehari
2. Mula tinggalkan air manis
3. Rajin turun Naik tangga
4. Elakkan kuih-muih dan makanan several
5. Elakkan coklat dan kuih
6. Banyakkan buah-buahan dan sayuran
7. Positif dan berterusan dengan perubahan

Fikirkanlah.. ubahlah, agar 2019 ni menjadikan kita orang yang lebih bertenaga untuk melakukan tujuan hidup dengan penuh itqan.. in sha Allah

syifa_adam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *