Di mana letak bahagia?

Di mana letak bahagia?

Soalan yang mempunyai pelbagai jawapan berbeza mengikut perspektif individu.. setiap jiwa yang hidup mencari bahagia.. bahagia si anak kecil bila mendapat perhatian kedua ibu bapanya.. bahagia si remaja bila dapat bersama dengan rakan-rakannya, bahagia lepasan belajar bila dapat kerja yang tetap dan terjamin.. bahagia si dara dan teruna bila dapat pasangan hingga ke syurga. Bahagia pengantin baru bila berjaya mendapatkan anak dan maksud bahagia itu terus berubah dari fasa ke fasa..

Tapi persoalannya.. adakah itu bahagia yang sebenar? Adakah itu bahagia yang jiwa kita mahukan? Kalau benar kenapa erti bahagia itu berubah mengikut fasa.. bukankah bahagia itu sangat sinonim dengan kekal.. kalau kekal masakan definisinya berubah-ubah mengikut situasi..

Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.” (Surah Ar-Ra`d:29)

Bahagia adalah milik orang beriman.. malah bahagianya bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga..

Maka, kebahagiaan yg dirasai tanpa Iman dalam hati hanyalah kebahagiaan yang sementara.. maka ketahuilah dengan menjaga Iman maka bahagia itu milikmu.. kerana pencipta bahagia iaitu Allah sentiasa bersamamu..

Terciptalah bahagia dalam suasana serba kekurangan kerana bahagia itu mainan hati, mana ia tidak akan tercapai dengan teknikal dan harta. Sebagai contoh, berapa ramai orang Kaya harta hidup dalam kerisauan… Maka harta bukan jaminan kebahagiaan..

Allah menjanjikan siapa Yang mencari bahagia dengan dunia, kecewaan pasti menantinya.. seperti Firman Allah:

Hai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu, “Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut’ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu sekalian menghendaki (keridaan) Allah dan Rasul-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik di antaramu pahala yang besar.” (Al-ahzab: 28-29)

Dan bahagia itu letaknya dijiwa Yang mampu mensyukuri seluruh nikmat Yang Allah berikan..

Jika mahukan 2019 yang lebih bahagia dari tahun 2018, marilah dekatkan diri dengan Allah.. berilah peluang kepada hatimu untuk menikmati erti bahagia sebenar, hidup penuh senyuman, hati sentiasa damai, redha pada dunia yang hina kerana syurga kekal menantinya..

Ya Allah, pimpinlah hati ini menuju jalanmu yang pasti.. in sha Allah..

syifa_adam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *