Tuhan Dekatiku Pada Yang Kau Cintai..

Tuhan Dekatiku Pada Yang Kau Cintai..

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami…”.
QS. Ali Imran:

Hidup ini akan selalu berbolak balik antara dua pilihan. Adakah ia pilihan iman ataupun pilihan syaitan.

Maka, berhati-hatilah di dalam membuat pilihan tersebut kerana adakalanya pilihan itu nampak indah di pandangan mata tetapi menjauhkan diri kita dari pencipta..

Menurut Qotadah, antara ciri orang yang berada dalam pemeliharaan Allah itu adalah bilamana di dunia dia diberi ketetapan dengan berbuat kebaikan dan beramal soleh.

Sandarkanlah seluruh kehidupan kita kepada Tuhan Yang Maha Agung agar diri kita sentiasa dituntun di dalam kebaikan dalam apa jua perkara yang kita lakukan..

Namun alangkah malangnya diri kita jika dahulu kita pernah diselamatkan dari jurang api neraka dan diberi hidayah jalan ke syurga tetapi akhirnya kita memilih untuk menuruti hawa nafsu yang menjatuhkan kita ke lubang neraka.

Khansa Ayyash

mahu HIDUP selamanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *