Menjadi Murabbi: Kerana Dirimu Mampu

Menjadi Murabbi: Kerana Dirimu Mampu

Ketika Rasulullah saw dilantik menjadi RasulĀ  dan menerima wahyu pertama, adakah baginda tahu bahawa hari itu adalah hari terpilihnya dia untuk menggalas tugas yang berat itu?

Tidak.. Baginda tidak tahu.

Kerana itu baginda saw lari ketakutan menuju ke rumahnya sehingga minta untuk diselimuti seluruh tubuhnya kerana ketakutan yang amat sangat saat menerima wahyu iqra’ yang pertama di Gua Hira’

Baginda adalah orang yang paling terpercaya dalam kalangan kaumnya sehingga baginda di gelar Al-Amin namun baginda tidak pernah menyangka bahawa tanggungjawab itu akan tergalas di bahunya

Ini ada disebutkan di dalam firman Allah swt di dalam Al-Quran;

“Engkau (wahai Muhammad) tidak pernah berharapĀ Al-Quran itu turun kepadamu. (Ia tidaklah diturunkan kepadamu) melainkan kerana rahmat daripada Tuhanmu jua. Oleh itu, janganlah engkau menjadi pembantu kepada orang-orang kafir. (Surah Al-Qoshosh: 86)

Sesungguhnya pemilihan untuk menjadi pembawa risalah ini bukanlah berdasarkan cita-cita dan impian seseorang melainkan kerana Allah yang memilih sesiapa dalam kalangan hambaNya yang benar-benar beruntung.

Umayyah bin Abi Ash-Sholti merupakan salah seorang penyair yang ulung di zaman Mekah dahulu. Dia sangat mengharapkan bahawa wahyu itu akan turun kepadanya kerana merasakan bahawa tiada siapa yang mampu menandingi kehebatannya dalam membuat syair dan keindahan bahasa. Tetapi lihatlah, risalah ini bukanlah hanya milik mereka yang pandai berkata-berkata dan melantunkan ayat yang indah sahaja tetapi Allah memikulkan amanah yang terbesar ini di bahu seorang lelaki yang tidak pernah bermimpi tentangnya.

Risalah Ini Kini Di Bahumu

Tiada siapa yang mengetahui tahap keupayaan manusia melainkan Penciptanya sendiri.

Tuhan yang memberi hidayah kepada seluruh alam ini akhirnya memilih sang jiwa suci untuk mengemban tugas mulia ini. Setelah baginda saw pergi, tugas ini disambung oleh para murabbi umat yang diketahui kemampuan mereka untuk menggalas bebannya.

Engkau tidak tahu sejauh mana kehebatan dirimu, tetapi Allah pasti tahu benar mengapa tanggungjawab murabbi umat ini diserahkan kepada kamu.

Buktikanlah dirimu mampu seperti sangkaan tuhan kepadamu!

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.” (Al-Hajj: 78)

Khansa Ayyash

mahu HIDUP selamanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *