Mansa Musa dan ‘The Lost City of Gold’

Mansa Musa dan ‘The Lost City of Gold’

Anda kenal Mansa Musa?

Anda tahu di mana letaknya Mali? Hmm jika anda masih kurang tahu, mungkin anda tahu di mana letaknya Benua Afrika kan?

Bila membayangkan Afrika apa yang tergambar di fikiran anda? Negaranya yang mundur? Rakyatnya yang miskin?

Nahh.. memang itulah gambaran negara-negara di Afrika sekarang tapi tahukah anda dahulu terdapat seorang raja beragama Islam bernama Mansa Musa yang memerintah pada tahun 1280M hingga 1337M yang kekuasaannya meliputi Timbuktu, Gao  sehingga Sungai Niger dan tebing laut Atlantik.

Empayar Madinka atau Mali sangat luas dan masyur sehingga  dicemburui banyak negeri-negeri disekitarnya. Bukan sahaja terkenal dengan emas yang melimpah-ruah dari perut buminya, Empayar Mali juga menjadi sebutan dalam kalangan para pedagang di kawasan Mediterrian, barat dan timur benua Afrika.

Berpusat di Timbuktu, Mansa Musa bukan sahaja mahu menjadikan Mali sebagai pusat ekonomi  dan perdagangan tetapi beliau juga bercita-cita untuk menjadikan Mali sebagai gedung ilmu dan tempat penyebaran islam. Perkembangan islam berlaku dengan rancak  sehingga ramai tokoh ilmuwan dari Andalus dan Maghribi dihantar untuk mengembangkan bidang keilmuan dan mengajarkan islam di Mali. Tahukah anda, di sana juga ketika itu telah dibina sebuah Universiti Sankore yang mempunyai 25,000 orang pelajar  dalam bidang tafsir Al-Quran, hadis, fiqh, sains, perubatan, sejarah, pemetaan , astronomi dan bermacam lagi. Manuskrip lama berkaitan ilmu ketika itu masih boleh ditemui hari ini di beberapa tempat di Timbuktu seperti Ahmad Baba Institute yang di ambil dari nama tokoh keilmuan Mali iaitu Syeikh Ahmad Baba As-Sudani.

Hubungan baik Mansa Musa dan para sultan di sana juga menjadi tambah nilai kepada kemasyuran Empayar Mali ketika itu sehingga akhirnya  ia dikenali sebagai pusat keilmuan di Afrika tengah dan barat.Dikhabarkan bahawa pada kurun ke 12, hampir keseluruhan penduduk Mali telahpun memeluk agama Islam!

Di antara kisah yang masyur berkaitan Raja Mansa Musa adalah tentang perjalanannya ketika mahu menunaikan haji ke Mekah bersama 60,000 orang dan 1000 ekor unta dari Timbuktu. Diceritakan bahawa rombongan tersebut turut membawa 4.536 ton emas yang dianggarkan seberat  10,000 pound dan mereka telah menyumbangkan emas-emas tersebut kepada orang-orang miskin di negara yang mereka lewati sebelum tiba di Mekah. Bayangkan betapa hebatnya sehinggakan harga emas di Mesir ketika itu telah terjejas selama beberapa tahun akibat dari sumbangan rombongan Mansa Musa ini! Dikhabarkan bahawa mereka juga akan membina masjid pada setiap hari Jumaat di tempat mereka lalui ketika itu.

Jadi, adakah kita masih mahu percaya bahawa negara-negara di benua Afrika ini adalah negara yang tidak pernah maju dan hebat?

Islam pernah mengangkat mereka ke darjat yang tinggi suatu masa dahulu dan insyaAllah suatu hari nanti Mali akan kembali bangkit di saat lahirnya Mansa Musa yang kedua!

Rujukan:

https://en.wikipedia.org/wiki/Ahmed_Baba_Institute
Dari Andalus ke Amerika, Aidil Adha Sulaiman

Khansa Ayyash

mahu HIDUP selamanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *