MARI LULUS DALAM UJIAN KEIMANAN

MARI LULUS DALAM UJIAN KEIMANAN

MARI LULUS DALAM UJIAN KEIMANAN.
.
“bosanlah mengadap semua benda ni asyik ulang cycle sama. ”
“kenapa aku tak berubah ubah lagi dari dulu sampai kini. sama ja je. fed up dengan diri sendiri”
“aku ni teruk lah,semua org pun kata macam tu kat aku”
“rasa macam nak b***h diri je,hilang kesakitan ni semua”

…………dan pelbagai lagi kata kata dalaman yang mungkin biasa kita luahkan dalam hati yang sedang berperang dalam melawan hawa nafsu diri sendiri.
.
sebenarnya apa dia rasa itu?
rasa nak lari bukan? dan tinggalkan semua yang sedang dihadapi kini. cubalah kita tanya diri kita, apa sebenarnya yang kita mahukan?
.
benarkah dengan melarikan diri akan melepaskan dan menghilangkan kita dari masalah2 itu?..
.
kehidupan ini bukanlah hanya pada destinasi dan apa capaian itu, tetapi yang lebih bermakna adalah “process” pembelajaran sepanjang kehidupan.
.
setiap perkara terdapat hikmat yakni pelajaran yang boleh kita ambil dan aplikasi untuk kemudian hari pula.
.
barangkali juga kesusahan kita ini adalah motivasi dan inspirasi bagi orang yang melihat agar semakin kuat dirinya untuk menghadapinya. Secara tidak langsung kita telah bermanfaat buat orang lain tanpa sedar.
.
kisah Para nabi dan rasul misalannya adalah inspirasi terbesar kita dalam meneladani bagaimana mereka bersikap tatkala diuji.
Nabi ayyub dengan ujian penyakitnya..
nabi yusuf dengan ujian pembuangan keluarga..
nabi zakaria yang diuji dengan zuriatnya..
nabi Nuh yang di tolak kaummnya..
nabi Muhammad pula yang terlalu banyak diuji hampir semua sisi dan..
adakah Allah menguji mereka ini kerana Allah benci? tentunya tidak, merekalah hamba yang amat dicintai Allah.
.
maka jangan serik jika diuji keimanan, itu tandanya Allah ingin menunjukkan rasa kasih sayangnya pada seseorang hamba.
.
lari?
.
itu bukan sesekali solusi, ia hanya akan merosakkan apa yang sedang Allah sedang binakan untukmu, yakni mahligai disyurga atas kesabaran dengan segala ujian dunia.
.
pilihlah untuk lulus ujian ini. keluar dewan exam awal tanpa menjawab soalan hanya akan memusnahkan masa depan sendiri.
.

#tarbiyahfm
#thevoiceforyourfitrah

Enhesheyfillah

Ukhti marhaen di jalan dakwah dan tarbiyah, ingin menyumbang sebanyak banyaknya dari kalam dan pena untuk umat. moga Allah redha. biiznillah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *