Kita Akan Mati Mengikut Kebiasaan Kita Semasa Hidup

Kita Akan Mati Mengikut Kebiasaan Kita Semasa Hidup

Tarbiyah demi tarbiyah Allah hadirkan buat kita
.
Bermula dari Gempa bumi di Palu, Gunung berapi Soputan, dan hari ini kita dikejutkan oleh berita kejadian lemas enam anggota bomba Malaysia.
.
Sebak di dada menerima semua berita-berita ini, lebih sebak lagi jika kita yang masih hidup ini tidak mengambil iktibar dari peristiwa ini. Bahawa segala yang hidup pasti mati, kita akan cuma membawa segala amal-amal yang kita kerjakan semasa hidup kita.
.
dan kematian kita adalah berdasarkan apa kebiasaan kita, orang yang terbiasa berjuang, akan mati ketika berjuang, seperti
Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

يُبْعَثُ كُلُّ عَبْدٍ عَلَى مَا مَاتَ عَلَيْهِ

“Setiap hamba akan dibangkitkan berdasarkan kondisi meninggalnya” (HR Muslim no 2878)

Berkata Al-Munaawi, أَيْ يَمُوْتُ عَلَى مَا عَاشَ عَلَيْهِ وَيُبْعَثُ عَلَى ذَلِكَ “iaitu ia meninggal di atas kehidupan yang biasa ia jalani dan ia dibangkitkan di atas hal itu”.

maka,

apakah kebiasaan kebiasaan kita harini? Moga kita dikurniakan husnul khotimah, dalam keadaan berjuang kerana Allah ta’ala.

.
#tarbiyahfm
#thevoiceforyourfitrah
#hayatilikedansharekebaikan

Enhesheyfillah

Ukhti marhaen di jalan dakwah dan tarbiyah, ingin menyumbang sebanyak banyaknya dari kalam dan pena untuk umat. moga Allah redha. biiznillah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *