Ibu Ayah, saya akan usahakan untuk kita.

Ibu Ayah, saya akan usahakan untuk kita.

Rindu kerap bertamu, apabila sepasang sosok itu lama tidak dipandang mata..

.

Kerja-kerja dunia sangat banyak saban hari, menjadi pelajar pula pasti sibuk dengan tugasan dan aktiviti harian. sesekali teringat apa yang rasa kurang..sebenarnya rindu pada mereka “berdua”.

.

Buat ibu ayah,

aku mungkin tiada di matamu setiap hari,

Tapi ingatanku takkan pernah pudar dan hilang,

namamu tak pernah hilang dalam doa dan sujud-sujudku,

Sedari kecil kau mendidik kami semua adik beradik,

jemari ayah yang kasar kerana membanting tulang buat kami melembutkan jiwa,

sepasang mata redup ibu yang pula tak pernah puas dipandang,

Diiring pula peringatan yang tanpa henti kerana kasihnya yang melimpah dihati.

terima kasih ayah ibu.

.

Umurmu kian bertambah hari ke hari..

Suatu hari kau aku pasti pergi,

kita semua menginginkan tempat yang indah dan bahagia selamanya,

tempat yang dinanti itu tiada lagi erti rindu,

kerana kita disitu semua kan bersatu,

aku terlalu ingin kita bersama-sama disana,

yang mana tiada lagi derita dan sengsara,

biarlah aku bersusah susah dahulu disini,

menjaga diri dan agama ini,

berbuat sebaiknya untukmu didunia,

agar suatu hari nanti aku mampu mensyafaatkan kedua dirimu.

.

ibu,

waktu itu, ibu sangat cantik bak bidadari,

segala yang ku tak mampu beri pasti kau akan dapat nikmati,

dan ayah pasti tampan juga berwajah pemuda,

tiada lagi tangan kasar dan kulit terbakar dek matahari,

sungguh aku mahu kita semua bersama disitu.

.

“Ibu Ayah, saya akan usahakan untuk kita.”

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.

 

Enhesheyfillah

Ukhti marhaen di jalan dakwah dan tarbiyah, ingin menyumbang sebanyak banyaknya dari kalam dan pena untuk umat. moga Allah redha. biiznillah!

One thought on “Ibu Ayah, saya akan usahakan untuk kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *