SEDIH ITU BAIK, SUKAR ITU BAIK, DERITA ITU BAIK, UJIAN ITU BAIK

SEDIH ITU BAIK, SUKAR ITU BAIK, DERITA ITU BAIK, UJIAN ITU BAIK

Semuanya sukar dan kesempitan semakin mendesak dijiwa..
airmata pula tak tertahan tahankan dimata..
Pernah dikau rasa, semua masalahmu itu adalah kebaikan buatmu?
Walau yang nampak dimata adalah sakit sakit belaka.
.
saat itu soalan seperti 
ini kerap menerawang dijiwa:

“kenapa aku yang diuji bukan orang lain?

“Allah seakan tidak adil, kejam..”

Sebenarnya Allah tidak pernah kejam apatah lagi menzalimi manusia,bahkan manusialah yang seringkali menzalimi diri sendiri. Betulkah begitu? Allah mengatakan dalam ayat ini:

سَاءَ مَثَلًا الْقَوْمُ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَأَنْفُسَهُمْ كَانُوا يَظْلِمُونَ

Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri.

-Surah Al-A’raf, Ayat 177

.
Allah juga menciptakan neraka bukanlah kerana mahu manusia masuk ke sana, Allah ingin menakutkan supaya kita berwaspada akan azab itu lalu kita menjauhinya dan bergegas ke syurga. Allah ingin kita semua masuk ke syurgaNya..
.
seperti seorang ibu yang biasanya berkata “jangan begitu, nanti jatuh.” mereka sangat risau sebenarnya. bukan ingin kita ditimpa apa apa yang susah.
.
jadi, begitulah juga hal dalam perkara ujian dunia yang tak akan pernah habis habisnya. selagi kita masih belum masuk ke syurga selagi itu kita diuji.
.
Beza para pencinta syurga itu dengan yang lainnya, mereka tidak melatah dengan ujian, kesempitan atau apa saja keadaan terpuruk, kerana bagi mereka itu semua adalah demi KEBAIKAN buat diri, sama ada nampak atau kabur dan tahu atau tidak tahu.
.
وَقِيلَ لِلَّذِينَ اتَّقَوْا مَاذَا أَنْزَلَ رَبُّكُمْ ۚ قَالُوا خَيْرًا ۗ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا فِي هَٰذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ ۚ وَلَدَارُ الْآخِرَةِ خَيْرٌ ۚ وَلَنِعْمَ دَارُ الْمُتَّقِينَ

Dan ditanya pula kepada orang-orang yang bertaqwa: “Apakah yang telah diturunkan oleh tuhan yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?” Mereka menjawab: “Kebaikan” orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik, dan sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi; dan memanglah negeri akhirat ialah sebaik-baik negeri bagi orang-orang yang bertaqwa.

-Surah An-Nahl, Ayat 30

.

#tarbiyahfm
#hayatilikedansharekebaikan
#dengarkanradiotarbiyahfm

Enhesheyfillah

Ukhti marhaen di jalan dakwah dan tarbiyah, ingin menyumbang sebanyak banyaknya dari kalam dan pena untuk umat. moga Allah redha. biiznillah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *