Hadis Menuntut Ilmu

Hadis Menuntut Ilmu

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”. (Riwayat Muslim)
.
Hadis di atas menerangkan kelebihan orang yang berusaha mencari ilmu yang bermanfaat. Ini menunjukkan bahawa islam sangat memuliakan orang yang mahu menambah ilmu baik secara berseorangan mahupun berkumpulan, Hadis ini secara terperinci mengangkat darjat sekumpulan orang yang bersama-sama berkumpul untuk mendalami dan mempelajari ilmu sehingga ganjaran yang dijanjikan adalah sangat besar di sisi Allah.
.
Empat kelebihan yang dijanjikan ialah:

1. Memudahkan mereka jalan ke syurga
2. Dilimpahkan ketenangan di dalam kehidupan
3. Diberikan rahmat dan dinaungi malaikat ketika menuntut ilmu
4. Allah menyebut-nyebut tentang mereka kepada para malaikat
.
Keutamaan yang disebutkan ini jelas menunjukkan bahawa islam adalah agama yang sangat mementingkan ilmu pengetahuan kerana hanya dengan ilmu yang akan mengeluarkan seseorang itu daripada kejahilan.
.
Seharusnya seorang muslim itu sentiasa merebut peluang untuk berada di majlis-majlis ilmu sehingga berjaya mendapatkan semua keutamaan yang dijanjikan ini.

Khansa Ayyash

mahu HIDUP selamanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *