Lima Haiwan Yang Mengubah Sejarah

Lima Haiwan Yang Mengubah Sejarah

1. Laika Pelopor Penerokaan Angkasa Lepas
Pada 3 November 1957, seekor anjing Rusia bernama Laika merupakan haiwan pertama yang Berjaya mengelilingi bumi sekaligus mempelopori aktiviti penjelajahan angkasa lepas. Laika yang bermaksud menyalak dalam Bahasa Rusia telah dihantar sebulan selepas Kesatuan Soviet Berjaya menghantar satelit pertamanya ke angkasa lepas. Sebelum peristiwa bersejarah itu, Laika hanyalah seekor anjing kecil betia yang liar dan berkeliaran di sekitar jalan-jalan Moscow. Selepas ditangkap oleh pihak berkuasa Moscow, Laika dan aning-anjing liar yang lain dilatih oleh para saintis untuk menjadi angkasawan haiwan Soviet. Anjing liar dipilih berbanding anjing belaan domestic kerana anjing ini dilihat tahan lasak.

Seminggu sebelum hari pelancaran, seorang saintis Rusia bernama Dr Vladimir Yazdovsky membawa pulang Laika dan melayannya seperti anjing peliharaan lain. Alasan beliau berbuat demikianialah mahu berbuat baik kepada Laila memandangkan ia bakal menjadi korban demi perkembangan angkasa lepas. Pada hari pelancaran, selepas meletakkan Laika di dalam bekas dan sebuah hac tertutup, para juruteknik mencium hidungnya dan mengucap selamat tinggal. Para saintis dan juruteknik megetahu yang Laika tidak akan terselamat dalam perjalanan itu. Walaupun Soviet mengatakan yang Laika selamat dalam Sputnik 2 selama seminggu sebelum meninggal dunia, satu laporan lain pada tahun 2002 mendedahkan Laika mati beberapa jam selepas berlepas akibat kepanasan dan tekanan. Selepas Sputnik 2 mengelilingi Bumi lebih 2,000 kali, dengan membawa bangkainya, ia terbakar selepas memasuki semula astmosfera bumi pada April 1958.
Dua tahun selepas itu, dua lagi anjing bernama Belka dan Strelka merupakan haiwan pertama mengelilingi bumi dan masih hidup.

 

2. Cher Ami Penyelamat Tentera Amerika dalam Perang Dunia Pertama.
Ketika Perang Dunia Pertama, khidmat burung penghantar mesej masih lagi digunakan untuk menyampaikan info pentingpara komander kepada kepimpinan tinggi tentera dan sebaliknya. Pada Oktober 1981, Cher Ami menghantar mesej kecemasan unit diketuai Mejar Charles Whittlesey yang terperangkap pada satu bahagian bukit kepada pihak tentera Amerika Syarikat. Peristiwa ini berlaku semasa serangan Meuse-Argonne yang menyaksikan unit Whittlesey dikepung pihak musuh dan dibedil oleh serangan artileri tentera Amerika yang tidak tahu lokasi sebenar mereka. Walaupun ditembak berkali-kali oleh pihak Jerman, Cher Ami Berjaya sampai ke markasa dan menyampaikan mesej tersebut. Unit yang mendapat gelaran “Lost Battalion” Berjaya diselamatkan dan Cher Ami diberi pingat Croixde Guerreo oleh kerajaan Perancis. Selepas Cher Ami mati pada Jun 1919, seorang ahli taksedermi memproses burung tersebut dan kini ia dipamerkan di Muzium Smithsonian.

 

3. Cairo anjing yang menjatuhkan osama bin laden.
Pada 2 Mei 2011, Amerika Syarikat menghantar pasukan khas Navy SEAL untuk memenuhi objektif Operasi Lembing Neptun : menangkap atau membunuh Osama bin Laden, pemimpin kumpulan Al-Qaeda. Dan seperti kebanyakan operasi sulit, maklumat berkenaanyya masih lagi dirahsiakan termasuk siapa anggota SEAL yang terlibat dalam operasi tersebut. Seekor anjing baka Malinois Belgian bernama Cairo digunakan untuk meronda kawasan operasi dan menyerang mana-mana musuh yang muncul. Kenapa pihak Amerika lebih suka memilih baka Malinois Belgian berbanding German Sherperd kerana baka Malinois Belgian dikenali kerana kebijaksanaannya, pantas, mempunyai hidung yang tajam dari segi menghidu bau. Rahang anjung jenis ini juga sangat kuat sehingga digelar maligator.

 

4. Wabak pencetus Black Death
Pada pertengahan abad ke 14- Masihi, satu pertiga populasi Eropah atau sebanyak 25 juta orang terbunuh akibat pandemic Black Death. Sebab kewujudan pandemic tidak diketahui tetapi sesetengah berpandangan ianya satu plot orang Yahudi yang ingin membunuh populasi Kristian pada masa itu. Ada pula menganggap ainya berlaku akibat gempa bumi atau hukuman Tuhan ke atas dosa-dosa yang dilakukan oleh manusia. Pada zaman moden ini, penyelidik mendapati punca sebenar pandemic ialah penyebaran bakteria. Yersinia pestis yang menjangkiti tikus dan haiwan rondensia kecil lain serta boleh dipindahkan kepada manusia melalui gigitan kutu yang dijangkiti. Kombinasi tikus-kutu merbahaya kerana tikus mudah beradaptasi dengan memanjat, berenang dan melompat serta boleh melahirakan banyak anak. Seekor tikus betina boleh melahirkan 12-20 ekor anak tikus setiap tahun. Sementara kutu pula merupakan parasite penghisap darah di mana kutu betina dewasa boleh menghisap darah 15 kali ganda lebih daripada beratnya sendiri. Walaupun tidak mempunyai kepak untuk terbang, kutu ialah pelompat terbaik. Penyebaran pandemic melalui laluan perdagangan dari Asia Tengah ke Eropah pada akhir 1340 an telah menyebabkan kematian yang ramai dan mencetuskan krisis ekonomi social. Buktinya kekurangan tenaga buruh di sesetengah bidang berikutan bilangan populasi yang menurun. Bilangan polulasi manusia yang menurun menyebabkan petani boleh menuntut gaji yang lebih tinggi dan sekaligus meningkatkan taraf hidup ke arah lebih baik.

 

5. Monyet Pembunuh Raja
Pada awal Oktober 1920, Raja Alexander dari Greece bersiar-siar di sebuah taman apabila anjing baginda berkelahi dengan seekor monyet peliharaan. Apabila Alexander cuba meleraikan pergaduhan tersebut, seekor monyet lain menyusup masuk dan menggigit dada dan kaki baginda. Ini mengakibatkan luka yang dialami berjangkit dan membawa kepada kemangkatan baginda pada 25 Oktober 1920 semasa berusia 27 tahun. Pada ketika itu, Greece sedang berperang dengan Turki yang dikenali sebagai Perang Turki-Greece (1919-1922). Ini memaksa Greece mengembalikan semula kuasa Constantine 1 yang turun takhta selepas ditekan oleh Britain, Perancis dan Rusia tiga tahun sebelumnya. Constantine 1 yang bersikap Pro-Jerman, menasihati Greece supaya terus bersikap neutral. Untuk pemerintahan baginda yang kedua, Constantine 1 terpaksa mengetuai negaranya berhadapan dengan Turki, satu situasi yang mengakibatkan mereka kalah dan terpaksa memeterai Perjanjian Lausanne yang melukis semula sempadan kedua-dua negara (perjanjian lebih memihak kepada Turki). Dalam perang tersebut, lebih 100,000 askar dan orang awam terbunuh. Apabila mengenang kematian Raja Alexander, Winstin Churchill berpandangan gigitan seekor monyet yang meragut nyawa baginda.

By: uyad

Rujukan:
Majalah The Patriots Julai 2018
Nix, Elizabeth. (2013). History.com. 5 Animals That Helped Change History.

Sarah Ibrahim

Sarah Ibrahim ialah editor tetap tarbiyahkita.com. Beliau sangat meminati penulisan sejarah dan isu semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *