Ikigai – Rahsia Orang Jepun Untuk Hidup Bahagia

Ikigai – Rahsia Orang Jepun Untuk Hidup Bahagia

Apakah itu Ikigai?

Jika anda google perkataan ini, anda akan mendapat pelbagai makna seperti “sebab manusia menjadi gembira atau tujuan dan makna dalam kehidupan. Perkataan ikigai berasal dari iki, yang bermaksud kehidupan dan kai yang bermaksud merealisasikan harapan dan harapan. Tapi, makna ikigai yang paling saya sukai ialah “sebab untuk kita bangun dari tidur setiap pagi!”
Jika anda pernah membaca buku Ikigai, karya penulis Hector García dan Francesc Miralles, secara mudahnya penulis menyimpulkan apabila seseorang itu berjaya menemui ikigai nya, dia akan hidup bahagia, maka umurnya akan lebih panjang. Rumusan ini dibuat apabila suatu kajian mendapati bahawa ramai penduduk di Kepulauan Okinawa, Jepun mencecah usia 100 tahun dan ke atas kerana berjaya menemui ikigai dalam hidup mereka.

Teringat dulu seorang pensyarah saya pernah bertanya soalan kepada kami. “Apakah sebab kamu semua bangun dari tidur setiap hari?’ Ditanya soalan yang “deep” secara tiba-tiba, menyebabkan kami semua terpana dan terkial-kial untuk menjawabnya. Melihat kepada situasi kami, pensyarah itu mengatakan “kita tidak perlukan sebab yang sangat berat atau mendalam berkenaan kenapa kita boleh bangun pagi pada setiap hari. Sebabnya mungkin sahaja seringkas kerana awak mahu belajar satu perkataan baru hari ini atau awak mahu makan sate kambing.
Dan ketika itulah saya menyadari, ikigai anda tidak perlu begitu berat atau mendalam. Ikigai ialah sesuatau yang memberi makna pada diri kita. Bercakap mengenai Ikigai membantu anda menyelam secara mendalam untuk menemui makna hidup anda. Sekiranya anda telah menemui ikigai, anda perlu sepenuhnya obses dengan ikigai anda tanpa terganggu oleh persekitaran. Dan anda tidak sepatutnya berasa teruk apabila anda masih lagi belum jelas berkenaan ikigai anda sendiri. Teruskan, teruskan berjalan dan mencari kegembiraan dalam kehidupan anda. Dan teruslah berjalan supaya anda dapat menemui makna dalam kehidupan anda sekalipun melalui perkara perkara yang kecil.

Menjadi seorang muslim menyebabkan aku sendiri sentiasa ingin mengaitkan yang Al Quran sebenarnya telah memberi bayangan apakah Ikigai Muslim. Beruntungnya menjadi Muslim kerana ketika ramai manusia di luar sana bangun setiap hari untuk mencari Ikigai masing-masing, muslim sebenarnya telah mengetahu Ikigai utama yang Allah tetapkan. Teruskan lah mencari ilmu dan dedahkan diri dengan pelbagai perkara yang berguna, sehingga Ikigai yang Allah tetapkan selaras dengan Ikigai yang lahir jauh di sudut hati kita.

Dan bagaimana dengan anda? Adakah anda masih mencari atau adakah anda telah menjumpai Ikigai anda?

 

By: Uyad-Manusia yang masih struggle untuk menyelaraskan Ikigai yang telah Allah tetapkan dengan Ikigai nya sendiri

Sarah Ibrahim

Sarah Ibrahim ialah editor tetap tarbiyahkita.com. Beliau sangat meminati penulisan sejarah dan isu semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *