Apa yang sudah berlaku……

Apa yang sudah berlaku……

Musuh Islam pada hari ini mengadakan perancangan yang membinasakan untuk meletakkan umat Islam di jalan menuju kerugian, kebinasaan dan keruntuhan. Berikut adalah apa yang sudah berlaku:

  • Percubaan melaga-laga orang Islam dan menyebarkan perpecahan di kalangan mereka; sama ada antara individu, kumpulan dan bangsa. Kita biarkan teks kata-kata mereka membicarakan perancangan yang terkutuk ini.

Brown berkata: “Apabila orang Islam bersatu dalam sebuah empayar Arab, ia mampu menjadi laknat dan bahaya kepada dunia. Ia juga mampu menjadi nikmat kepadanya. Sebaliknya, apabila mereka kekal berpecah belah, mereka akan terus tidak mempunyai sebarang kedudukan dan pengaruh.”

Paderi Calhoun Simon: “Kesatuan Islam mengumpul cita-cita bangsa Negro. Ia dapat menolong mereka lepas daripada penguasaan Eropah. Oleh kerana itu, dakwah Kristian merupakan agen penting dalam memecah kekuatan gerakan Islam ini. Ini kerana dakwah Kristian bekerja untuk menonjolkan orang Eropah dalam bentuk sinaran baru yang menarik. Ia juga bekerja merampas elemen kekuatan dan pemusatan (centralisasi) daripada gerakan Islam.” Lantaran itu, kesatuan orang Islam mestilah dipecahkan. Usaha menyemai permusuhan di kalangan mereka juga wajib dilakukan.

  • Percubaan menuduh Islam dengan pelbagai tuduhan yang palsu. Contohnya keganasan, agama yang berkembang dengan pedang, agama pembunuhan bukan agama keimanan dan agama material bukan agama spritiual. Gullimen menye­but dalam bukunya, (Sejarah Perancis): “Muhammad, iaitu pengasas agama orang Islam telah memerintahkan para pengi­kutnya untuk menggantikan semua agama dengan agamanya. Alangkah besarnya perbezaan antara penganut ber­hala ini (orang Islam) berbanding penganut Nasrani! Bangsa Arab ini mewajibkan agama mereka melalui kekerasan. Mereka berkata kepada manusia: “Kamu peluk Islam atau kamu mati. Sedangkan pengikut al-Masih meng­gerak­kan jiwa mereka melalui kebajikan dan perbuatan baik.”

Tuduhan ini masih berlegar dalam benak mereka. Pada hari ini, tuduhan ini makin ditambah. Mereka gembira dengan tindakan melulu setengah orang Islam, supaya mereka dapat meningkatkan tuduhan yang lama terpendam.

  • Menggunakan cara menyumbangkan bakti untuk mem­penga­ruhi orang Islam dan berusaha untuk menggugat akidah dan penghormatan terhadap Islam dan ajarannya menerusi itu. Contohnya, yayasan kebajikan, perubatan dan akademik. Ajaran Kristian mestilah mengiringi perkhidmatan tersebut agar ia tidak pulang dengan tangan kosong.
  • Percubaan memburukkan sejarah Islam: Contohnya, memuji Khalid bin al-Walid dan memburukkan ‘Umar bin al-Khoththob dengan tuduhan iri hati, menimbulkan keraguan tentang pemerintahan Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Othman dengan tuduhan mereka dipilih dengan cara tidak rasmi, pertikaian kuasa antara ‘Ali dan Mu‘awiyah dan memburukkan gambaran Khilafah ‘Othmaniah.
  • Memburukkan sistem kehidupan Islam: Sistem dengan segala cabangnya; akhlak, ekonomi dan politik. Mereka menuduh sistem Islam bersifat kekurangan, ketinggalan, mundur, tidak bersistem dan kasar. Khususnya, yang berkaitan dengan rejam, potong anggota dan sebat. Mereka juga mendakwa undang-undang Islam tidak mempedulikan minoriti bukan Islam.
  • Percubaan memburukkan warisan Islam: Apa yang dimak­sud­kan ialah seluruh bidang ilmu dan pengetahuan; peruba­tan, farmasi, kimia, fizik, falak, matematik, geometri, binaan dan semua sistem hidup. Mereka menyifatkan Warisan Islam sebagai musibah Islam [Kanyani / Yusuf Shakhat]
  • Menghina ulama agama.
  • Menarik orang Islam ke universiti mereka untuk dikurniakan sijil dan pengajian.
  • Memisahkan ilmu agama daripada ilmu dunia dan mencipta pertentangan antara keduanya.
  • Memesongkan kefahaman tawakal kepada Allah -redha dengan taqdir- dan jihad.
  • Memerangi Bahasa Arab.
  • Menggunakan senjata penyiaran: seperti televisyen, pementasan, wayang, akhbar dan majalah.
  • Mengeksploitasi wanita dan pergaulan bebas di sekolah, universiti dan pejabat kerajaan: Kata cendikiawan Yahudi dalam buku “Protokol cendikiawan Yahudi”: “Kita wajib bekerja untuk meruntuhkan akhlak di semua tempat.”
Buku Protokol Cendikiawan Yahudi

Zwemer pula berkata: “Kamu menyediakan generasi muda yang tidak kenal hubungan dengan Allah. Dengan itu, lahir generasi muda yang menepati kehendak penjajahan. Mereka tidak mementingkan urusan yang agung, bahkan hanya sukakan kerehatan dan bermalas-malas. Di dunia ini, mereka tidak mempunyai keinginan melainkan dalam perkara nafsu syahwat. Apabila mereka belajar, ia adalah kerana syahwat. Apabila mereka mengumpul harta, juga kerana syahwat. Dan apabila mereka menduduki posisi paling tinggi, ia juga kerana syahwat.”

Marx ditanya: Apakah alternatif untuk melalaikan manusia daripada akidah ketuhanan?

Marx menjawab: “Lalaikan mereka daripada akidah ketuhanan dengan pementasan drama.”

Karl Marx, Pengasas Teori Marxism

Soalan ini dikemukakan pada zaman yang belum ada wayang, televisyen, video dan rangkaian satelit yang menyiarkan budaya bebas. Sedangkan sekarang pintu kejahatan dibuka seluas-luasnya. Justeru, tugas para pendidik dan pendakwah sekarang lebih berat kecuali orang yang dirahmati Tuhannya.

Petikan: Dunia Islam Kini, Dr. Taufik Yusuf Al-Waei, ms. 52-54

 

Sarah Ibrahim

Sarah Ibrahim ialah editor tetap tarbiyahkita.com. Beliau sangat meminati penulisan sejarah dan isu semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *