Kesinambungan..

Kesinambungan..

”teruknya keadaan umat sekarang” , tiba-tiba si A mengomel. “Unit sekecil keluarga pun sudah tiada integriti” tambahnya lg..

“Ana tahu memang tarbiyyah jawapannya untuk betulkan semua ini ke kedudukan asalnya” jawab si B pula

Mendengar perbualan mereka berdua memberi seribu rasa damai dalam jiwa, masih ada yang prihatin pada masalah utama kita. Usaha besar perlu dilaksanakan, tarbiyyah yang dilakukan mesti ada kesinambungannya.. teringat pada nota tambahan yang aku dapat ketika menghadiri satu daurah (program gabungan beberapa usrah) Yang bertajuk kesinambungan tarbiyyah..

Berkenaan imanul kamil , iman yang sempurna menyebabkn obsesi seseorang itu adalah dakwah dan tarbiyyah, rasa cinta kepada kegiatan tarbiyyah tapi bukanlah bermaksud hanya kepada binaan sahaja tetapi sejauh mana muntijnya kita ini pada dakwah itu sendiri, maka kita dahulu yang perlu ditarbiyyah.. Bila ada obsesi maka kita akan sanggup ambil risiko.. Hasilnya aqidah dan pegangan yang mendalam, teguh tak tergoyahkan..

Motivasi yang membuatkan kita tidak berharap pd manusia.. Tetapi berbuat walaupun panjang dan susah.. Menjadikan Allah dan rasul sebagai kiblat utk setiap perkara. Islam sebagai kompas hidup.. Nilai yang mengatur dalam hidupnya..
Penerusan tarbiyyah akan berlaku bagi orang yang membutuhkan pemeliharaan kepada keimanannya..
Beratnya.. in sha Allah.. kita ada Allah

syifa_adam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *