Ibadah Sepenuh Hati

Ibadah Sepenuh Hati

Tajuk : Ibadah Sepenuh Hati

Penulis: Amru Khalid

Di dalam hati ada sebuah kesedihan yg tidak akan mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yg tumbuh kerana mengenal Allah dan ketulusan berinteraksi denganNya.

Pun di dalam hati terdapat sebuah kegelisahan yg tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah. 

Ada gejolak api yg tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredhaan akan perintah, larangan dan keputusan Allah yg diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan denganNya..
.
.
Buku yang di tulis dengan bahasa yang cukup indah dan menyentuh hati. Bila baca kita rasa, ‘Ya Allah, jahilnya solat aku selama ni”, “Selama ni tak pernah rasa dekat perasaan nak buat Haji” dan macam-macam lagi muhasabah yang akan membuatkan kita rasa nak perbaiki ibadah sehari-hari kita.

Untuk yang selalu merasa kering dalam ibadah wajib mahupun sunat, merasai terputusnya hubungan dengan langit sedangkan ibadah inilah yang seharusnya menjadi tali untuk menghubungkan kita dengan Allah, maka buku ini memang ‘wajib’ dimiliki dan dibaca.

Khansa Ayyash

mahu HIDUP selamanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *