Memaafkan Tidak Membuatmu Hina

Memaafkan Tidak Membuatmu Hina

Hamdun al-Qassar, salah seorang daripada ulama’ salafussoleh terdahulu, berkata,

“Jika seorang sahabat di antara teman-teman anda melakukan kesalahan, buatlah 70 alasan bagi mereka. Jika hati kamu tidak dapat melakukan ini, maka ketahuilah bahawa kekurangan itu ada pada diri kamu sendiri. “[Imam Bayhaqi, Shu`ab al-Iman, 7.522]

kenapa agaknya 70 alasan baik untuk mereka?

kerna inilah masa untuk menjauhkan diri dari godaan syaitan. memikirkan 70 alasan mengambil masa dan daya bukan? sehingga agaknya kita pun dah terlupa apa kesalahan yang dibuat.

cuba sekarang kita reka 70 alasan seperti..

Dia mengalami hari yang teruk.
Dia mungkin tengah penat
Ia adalah salah faham.
Dia tidak mendengar saya dengan betul.
Dia mencuba at least.
Dia tidak mempunyai masa.
Dia tidak mempunyai pilihan lain.
Dia tidak bermaksud seperti itu pun.
Dia kecewa dengan sesuatu yang lain.
Ia adalah kemalangan yang tak disengajakan
Dia mempunyai masalah di tempat kerja.
Dia mempunyai hal kecemasan.
Dia tidak berasa selesa hari ini.
Dia tergesa-gesa.
Dia tidak tahu.
Dia tersesat.
Dia tidak tidur dengan baik.
Keretanyarosak.
ada barangnya hilang.
Dia tidak sedar.

…….dan sehingga 70 alasan!

Alasan ini mungkin benar atau mungkin tidak benar … tetapi boleh jadi benarkan? sepertimana kita ingin bahawa orang lain akan memahami jika kita tersilap,begitu juga mereka! Jika masih belum mampu melakukan ternyata hati sendiri lah yang sedang rosak dan membusuk. Nauzubillah!

“Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” [23 :22]

Kita tak perlulah mencari gali sehingga terbukti mereka bersalah. Ia hanya akan merosakkan hati dan fikiran kita terhadap mereka. cukup dengan apa yang kita tahu dan berlapang dadalah. Memberi alasan kepada yang lain ini adalah sejenis amal, dan jalan menuju pengampunan Tuhan.

Allah Yang Maha Tinggi memerintahkan kita iaitu:

“Wahai orang-orang yang beriman! tinggalkan banyak sangkaan, kerana kebanyakan sangkaan adalah berdosa. “[49:12]

ketahuilah, kita tak nampak rendah dan hina jika menjadi seorang pemaaf.

 

Enhesheyfillah

Ukhti marhaen di jalan dakwah dan tarbiyah, ingin menyumbang sebanyak banyaknya dari kalam dan pena untuk umat. moga Allah redha. biiznillah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *