Cinta

Cinta

Cinta itu rasa dalam jiwa yang hadir atas izinNya.. maka lebih mengenal erti cinta kita akan sedar tiada satu pun Yang menjadi milik kita.. Hatta dengan rasa sahaja ianya hadir dengan izin Dia..

Teringat kisah Yang dikongsikan oleh seorang ukhti..

kisah keluarga Ummu Sulaim bersama Talhah, seorang Ansar. Anak mereka sakit kuat, dan tika itu talhah di luar bekerja keras mencari rezeki untuk mereka sekeluarga. Ummu Sulaim yang menjaga anak yang sakit itu di rumah, dan akhirnya meninggal bila tiba ajalnya. Ummu Sulaim berpesan pada saudaranya, jangan diberitahu pada Talhah, biar dia sendiri sahaja yang mengkhabarkan pada suami tercinta.

Lalu, Ummu Sulaim membaringkan anak mereka di kamar anak itu. Sebelum Talhah pulang, dia telah memasak lauk kegemaran Talhah, dan berdandan dengan sangat cantik untuk suaminya agar Talhah mampu menerima berita sedih itu dengan lapang dan baik,

Bila Talhah tiba di rumah, tidak diberitahu lagi tentang kematian anak mereka. Dilayan dahulu suami di meja makan dengan penuh ceria walaupun hatinya tetap sedih pemergian anaknya.

Talhah tetap jua bertanya, “bagaimana anak kita hari ini? ”

Jawab Ummu Sulaim, ” dia lebih tenang hari ini”

Talhah menyangka anaknya makin sembuh. Tapi, pastinya maksud Ummu Sulaim lebih tersirat, lebih tenang kerana telah menemui tuhannya..

Selepas di meja makan, Ummu Sulaim mengajak suaminya ke kamar tidur dan melayan suaminya seperti di waktu malam pertama pernikahan mereka.

Ummu Sulaim cuba menyediakan suaminya dalam keadaan paling tenang sekali dalam menerima berita kematian anak mereka walau dia sendiri dalam begitu sedih.

Ummu Sulaim dengan begitu lembut kemudian bertanya pada talhah,

” wahai suamiku, sekiranya ada orang yang meminjamkan barangnya pada orang lain, layakkah dia untuk meminta kembali barang tersebut? ”

Jawab Talhah, “iya, sememangnya barang itu bukan pemilik pada peminjam itu, maka dia harus merelakan untuk memulangkannya”

Ummu Sulaim membalas, “Anak kita adalah pinjaman dari Allah. Lapangkanlah dadamu dalam pemergiannya pada Tuhannya. ”

Talhah begitu marah dengan cara Ummu Sulaim. Maka dia melaporkan tindakan Ummu Sulaim pada Rasulullah..

Rasulullah hanya tersenyum. baginda bertanya pada Talhah, “seperti pengantin kah kalian semalam? ”

Talhah dengan malu menundukkan muka dan menjawab ya.

Kemudian baginda berdoa “moga malam semalam adalah barokah untuk kalian”

Diriwayatkan dari Bukhary, dan beberapa periwayat mahsyur lagi, setelah beberapa ketika, Ummu Sulaim melahirkan lagi seorang anak. Dari anak itu lahirnya 9 qari. Itulah barokah dari malam itu. Malam menerima ketentuan bahawa tiada apa yang kita miliki dengan keadaan paling lapang sekali. Sedia memberi kembali apa yang dipegang mahupun dipunya..

Di saat cinta kepada tuhan, mengingatkan kita bahawa apa yang kita punya, apa yang di dalam kepakaran kita,.. semuanya tetap bukan milik kita, dan pasti kita akan berlepas mahupun berpisah dengan semuanya..

-credit to u-

Sarah Ibrahim

Sarah Ibrahim ialah editor tetap tarbiyahkita.com. Beliau sangat meminati penulisan sejarah dan isu semasa.

One thought on “Cinta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *