Ya Rabb, Jadikan Kami Orang Yang Sedikit..

Ya Rabb, Jadikan Kami Orang Yang Sedikit..

 

“Ternyata orang-orang beriman yang bersamanya hanya sedikit.” 
(Huud:40)

Sesunggguhnya kehidupan dunia ini hanya digerakkan oleh sedikit manusia.
Lalu dia membuat peta tentang manusia, terutama seorang muslim..
Dari seluruh muslim yang ada, hanya sedikit yang sedar. 
Dari sedikit yang sedar itu, lebih sedikit lagi yang berdakwah.
Dari jumlah yang sedikit dalam berdakwah, lebih sedikit lagi yang berjuang.
Dan dari sedikit yang berjuang hanya sedikit yang sabar.
Begitu pula dari sedikit yang bersabar itu hanya sedikit lagi yang sampai pada akhir perjalanan..

(Imam Hasan Al-Banna)

*****

Dakwah Rasulullah di Kota Mekah dahulu juga dimulakan oleh baginda seorang. Siapa sangka, usaha bertahun-tahun itu akhirnya terbayar dengan kegemilangan Dinasti Andalus, Dinasti Abbasiyah dan akhirnya islam ini sampai pada kita pada hari ini.

Kalaulah kita rasa dunia hari ini sukar dakwahnya kerana pelbagai masalah yang disajikan di hadapan kita setiap hari, ketahuilah bahawa zaman Rasulullah dahulu juga tidak kalah jahiliyahnya.
Sikap assabiyah yang melampau.
Anak perempuan dibunuh kerana tidak layak hidup.
Penzinaan sesama mereka, pacak bendera dan boleh berzina dengan sesiapa sahaja yang mahu.
Yang miskin ditindas, yang kaya bermaharajalela.
Sembah berhala di sekeliling Kaabah.
Dan banyak lagi jika kita soroti latar belakang sejarah Rasulullah ketika di awal-awal penurunan wahyu.
Tapi adakah baginda mengalah?
Adakah baginda hanya merungut menyesali mengapa baginda ditakdirkan menjadi rasul kepada kaum yang dasyat seperti itu?

Tidak. Tidak pernah sama sekali.

Nah..begitulah seharusnya kita juga.

Kalau kita merasa sukar, ketahuilah itu kerana alasan kita yang terlalu banyak. Mungkin yang kita perlukan hanyalah, “Bismillah, berjalanlah!”

Tajdid lah niat sentiasa dan Allah pastikan menyampaikan kita pada apa yang kita niatkan itu. Mungkin kadang ia bukanlah soal masa tetapi siapakah yang mahu menempuh jalan yang suci ini. Adakah kita benar-benar mahu termasuk dalam kelompok tersebut?

Ya Allah, jadikanlah kami bersama mereka yang sedikit itu!

 

 

Sarah Ibrahim

Sarah Ibrahim ialah editor tetap tarbiyahkita.com. Beliau sangat meminati penulisan sejarah dan isu semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *