Dunia Islam Kini

Dunia Islam Kini

Pernah tak rasa disconnected, atau rasa diri tak ada kaitan dengan berita2 negara Islam di muka akhbar? Malah berita2 peperangan atau kemelut yg berlaku di tanah saudara seakidah kita ( e.g. Rohingya di Myanmar, Uighyur di China, Palestin dll) seolah2 menjadi rutin yg memenuhi ruangan berita harian kita dan tidak meninggalkan kesan di jiwa kita. Sedangkan nabi SAW telah berpesan,

 مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ، وَتَعَاطُفِهِمْ، وَتَرَاحُمِهِمْ، مَثَلُ الْجَسَدِ، إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى

Perumpamaan kaum mukmin dalam sikap saling mencintai, mengasihi dan menyayangi, seumpama tubuh, jika satu anggota tubuh sakit, maka anggota tubuh yang lain akan susah tidur atau merasakan demam.”  (HR Muslim)

Antara sebab utama kenapa kita tidak memiliki perasaan kebersamaan ini adalah samada tidak mengetahui atau terlupa bahawa perjalanan (sirah) agama ini bermula dengan perjuangan (jihad) seorang lelaki bernama Muhammad SAW & sekumpulan jiwa2 yg telah ditarbiyah selama 23 tahun, yg kemudiannya bertebaran ke seluruh ceruk dunia menjadi benih-benih yang tumbuh segar, sehingga pernah mampu memayungi 2/3 dunia suatu ketika dahulu. Di saat itu, hanya ada 1 khalifah dan 1 polisi pemerintahan yang menghubungi semua tanah-tanah islam yang tidak bersempadan, tanpa mengira bangsa & bahasa.

  

Namun keharmonian dan kemewahan kerajaan Islam telah dicemburui oleh bangsa- bangsa kafir yang telah merencanakan kejatuhan Islam melalui tangan2 bangsa Yahudi, Monggol, Frank, puak Syiah dll. Tetapi hakikatnya ia bermula dengan percakaran internal yang menggoyahkan saaf jemaah Muslim ini, yang meskipun ramai tetapi telah semakin kering jiwanya akan cinta akhirat dan dikelabui matanya akan nikmat dunia. Dan akhirnya jatuh jualah kekhalifahan yang melindungi seluruh umat Islam pada tahun 1918 & secara rasminya pada 1924.

Selepas detik itu, kuasa imperialis semakin berleluasa menjarah, mengoyak saki baki tanah besar Islam menjadi tanah-tanah tandus, masing-masing menjadi terasing di tanah sendiri dan mulai disibukkan dengan perjuangan yg bersifat individu, lantas terlupa akan identiti Islam yang dikongsi bersama.

‘Pahitnya pengalaman, besarnya harapan’

Oleh sebab itu, menjadi kewajipan (fardhu) bagi semua Muslim untuk menyelusuri & menyusuli kisah-kisah perjuangan orang- orang terdahulu serta menyambungkan ia dengan kemelut yg melanda umat Islam seantero dunia masa kini. Dan buku Dunia Islam Kini (gambar) adalah antara rujukan yang terbaik, seakan-akan mini ensiklopedia yang menghimpunkan kisah-kisah perjuangan umat Islam di seluruh dunia, berserta analisa dari kaca mata seorang aktivis (‘amilin) dan berpengalaman dalam mendakwahi masyarakat serta pemuda dalam usaha menghidupkan kembali roh Islam di dunia akhir zaman ini.

Melihat umat Islam semakin diasak dari pelbagai sudut, pasti membuatkan dada kita sesak kerana merasa yang apakah solusi dan apalah yang mampu disumbang, jika ditanya di akhirat kelak. Tetapi, bermula lah dengan sedikit dan bermulalah dengan wahyu pertama yang Allah SWT turunkan 1400 tahun dahulu, Iqra’!

 

Oleh: Dr Jen

Sarah Ibrahim

Sarah Ibrahim ialah editor tetap tarbiyahkita.com. Beliau sangat meminati penulisan sejarah dan isu semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *