Muhammad Al-Fatih 1453

Muhammad Al-Fatih 1453

Tajuk:Muhammad Al-Fatih 1453

Penulis buku: Muhammad Felix siaw

 

“sungguh Konstantinopel akan ditakluki oleh kalian. Maka Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin yang akan memimpin pasukan masa itu dan sebaik-baik pasukan adalah pasukan yang menaklukinya.

Berbekalkan hadis ini, seorang manusia yang sangat mengimaninya telah beroleh pertolongan Allah swt disamping strategi peperangan yang tak masuk dek akal! Buku ini akan memberi kefahaman bahawa tiada benda yang  mustahil asalkan punya keimanan yang kuat dan keinginan yang tinggi.  Lihatlah bagaimana tentera pasukan yang diambang kekalahan yang seakan-akan kemenangan itu jauh dan tidak mungkin dicium itu mereka realisasi dengan mengunakan akal kurniaan Allah ta’ala. Antum pasti terkejut jika tidak menyangka sehinggakan perbuatan yang hanya boleh dilakukan selama seminggu tetapi sebaik-baik tentera ini meletakkan tawakkal kepada Allah dan melakukan usaha sehingga mastato’tum lalu pekerjaan itu mampu di gencarkan dalam semalaman sahaja! Ajaib. Sememangnya Iman orang yang beriman itu adalah ajaib. Mereka amat ternanti-nantikan bisyarah (berita gembira) yang di fahami dari Hadis tersebut. Muhammad Al-Fatih beliau lah sebaik baik pemimpin dan tentera yang bersamanya adalah sebaik baik tentera. Baca buku ini sendiri untuk merasai seakan akan pengalaman meniti perjuangan bersama mereka. Biiznillah,moga bermanfaat

oleh:

enhesheyfillah

-Team tarbiyah.fm-

Sarah Ibrahim

Sarah Ibrahim ialah editor tetap tarbiyahkita.com. Beliau sangat meminati penulisan sejarah dan isu semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *