Coretan hati dibumi kemboja.. #1

Coretan hati dibumi kemboja.. #1
Setiap orang pasti punyai cerita tersendiri bagi Raya qurban yang baru berlalu.. rugi bagi mereka yang tidak punyai kisah kerana hari/detik yang berlalu tanpa dihayati takut diiringi dengan lesunya jiwa yang dibaluti kesibukan dunia.. Aku merasakannya..
Perjalanan kali ini dibawa bersama jiwa yang mencari kembali kehidupan yang makin pergi dan hampir sahaja menyepi..
Benarlah, Allah Dan firmannya.. [2:186]

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

Ya.. Allah itu dekat tapi hanya bagi yang bertanya tentangnya..
Bagiku, kedatangan ke Kemboja bukan sahaja untuk kurban tapi memaknai erti pengorbanan yang sebenarnya..
melawat perkampungan Islam disekitar sungai Mekong yang sungguh daif benar-benar menusuk jiwa..  kelihatan Yang tua bersembang-sembang santai di pondok-pondok kecil.. si anak berlari-larian di tembok yang membatasi sungai.. tidak tergambar sedikit pun kerisauan atau kegusaran pada muka mereka..
Benarlah bahagia bukan terletak pada selesanya hidup.. bahagia bukanlah pada banyaknya duit.. malah tidak boleh dicuri oleh kesempitan hidup..
Bahagia itu pada hati.. hati yang redha pada apa yang disusun Allah pada dirinya.. dan jika bahagia itu yang dicari maka dunia perlu dikuasai tanpa sedikit pun menyentuh hati.. Dan untuk itu berlaku pengorbanan yang tinggi perlu diberi..
Semoga rasa ini kekal sehingga syahid atau menang ..
-credit to u-

Sarah Ibrahim

Sarah Ibrahim ialah editor tetap tarbiyahkita.com. Beliau sangat meminati penulisan sejarah dan isu semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *