Ada apa dengan Mutabaah Amal? Ini nasihat untuk para daie.

Ada apa dengan Mutabaah Amal? Ini nasihat untuk para daie.

Alkisahnya mutabaah amal. apa benda nih sebenarnya? dalam banyak banyak benda yang sukar nk istiqamah salah satunya adalah MA nilah. hari ini boleh ODOJ esok belum tentu, qiam hari ini esok belum tentu.maksurat kubra hari ini esok mungkin sughra pula. Maka jadilah kita daie yang tidak tentu juga. T_T Bukanlah MA itu tujuan hidup utama. tetapi ada benda yang perlu semua ambil point dari kegiatan MA ini.

pertamanya,pada pandangan saya, MA ini seakan adalah jambatan kepada Allah. bagaimana nak memenangi hati ramai manusia diluar. kalau jambatannya kepada pemilik hati semua masih tak siap/atau jambatannya putus2. Maka harus diperhatikan effect langsung darinya. Hubungan tiga segi,yakni kita dan mad’u kita dan kita dengan Allah pasti carcamarba jadinya!

yang kedua, MA ini hanya alat,bukan tujuan. ia cuma suatu aktiviti yang dilakukan untuk memaksimakan hubungan dengan Allah dan dalam membantu gerak kerja dakwah. ada orang dia buat MA sungguh sungguh semata mata untuk menyempurnakannya. Namun amat rugi jika tidak diambil giz dari aktiviti yg dilakukan itu yakni, taqarrub dengan Allah. Pernah dengar kisah pemuda yang masuk syurga hanya dengan menyebut nama Allah di malam harinya. Mungkin kita nampak, “itu ajee dia buat boleh masuk sorga?” tetapi, adakah kita tahu dengan amalan yang nampak ringkas tapi itulah amal yang dilakukan bilamana hatinya sangat dekat dengan Tuhannya. Rasa cinta menebal sungguh dijiwa.

wahai dai’e sekalian, diri serta mutarabbiyahku, sudahkah kita memaknai Mutabaah Amal kita?
bukan hanya melakukan,tapi tenggelam dengan rasa cinta padaNya disaat melakukannya!

tetapi lebih sadis, jika kita tak nak buat disebabkan takut tiada rasa. antum fikir rasa itu boleh hadir tanpa berbuat apa-apa? untuk yang ini ada pernah dengar kisah anak kecil yang disuruh isi air didalam bakul yang berlubang? hum…google aje lah. keke.

pandangan hanya duit 1 sen lama warna coklet dari penulis.

Enhesheyfillah

Ukhti marhaen di jalan dakwah dan tarbiyah, ingin menyumbang sebanyak banyaknya dari kalam dan pena untuk umat. moga Allah redha. biiznillah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *